Tuesday, August 28, 2007

Lelaki vs Wanita: Sesungguhnya kita berbeza

Sekadar renungan kita bersama:

Fizikal:

- Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, tapi lelaki menarik nafas lebih dalam berbanding wanita. Sebabnya??? Lelakimemerlukan lebih banyak oksigen berbanding wanita supaya dapat menukarnya menjadi tenaga. Lelaki kan perlu lebih tenaga untukmelindungi kaum wanita…

- Suara, kulit, daging dan otot-otot seorang lelaki lebih kasar, pejal, kenyal dan liat. Sesuai dengan ciri-ciri semulajadi lelaki yanggagah perkasa. Wanita pula, suaranya lebih halus gemersik (dan menggoda???), kulit lebih halus, manakala tekstur daging dan otot2 lebih lembut, gebu dan kurang pejal. Kalau terserempak dengan rimau, agak-agaknya sapa kena ngap dulu???

- Tulang lelaki lebih panjang dan besar berbanding wanita. Tulang wanita bukan saja lebih kecil, malah struktur & susunannya pun berbeza untuk disesuaikan dengan fungsi tubuh bagi melahirkan anak.


Psikologi:

- Secara umumnya, wanita bersikap lebih mudah mengikut kata hati, lebih berminat dengan cinta, kasih sayang dan hubungan perasaan. Bila mengamati sesuatu benda/perkara, lelaki menggunakan pengamatan tumpuan, macam cahaya laser yang menumpu kpd sesuatu objek. Manakala wanita menggunakan pengamatan yang luas dan membesar, seperti lampu suluh yang menyuluh dgn luas, menampakkan banyak benda. Senang cerita, wanita nak ambil tahu semua perkara, dari perkara kecil sampailah perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan matlamat utama.

- Contohnya, kalau berjalan keluar rumah, lelaki cuma bawa dompet duit kecik je (dalamnya ada i.c, lesen memandu, kad kredit, duit sikit & dokumen2 penting lain) kunci kereta/motor dan juga handphone, dah cukuplah tu. Tapi wanita, tengok je beg tangan mereka, apa yang ada??? Huh, macam beg doraemon macam2 ada. Ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, buku hutang 555 (ehh berapa banyak buku daa), ada alat make-up, cermin, sikat, tisu, ketip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar boyfren/suami/anak, cermin mata hitam, tuala wanita, handphone…adeh tak larat dah nak senaraikan…dan macam2 lagi la.

Kenapa macam tu ye??? Sebabnya kerana wanita memikirkan berbagai perkara yg mungkin boleh berlaku. Mereka lebih peka, jika terjadi sesuatu, mereka dah ada persediaan…maksudnya pemikiran dan penumpuan wanita lebih luas. Bagi lelaki cukup la bawa duit/kad kredit utk membeli. IC dan lesen memandu agar selamat kalau kena tahan polis. Handphone pulak utk berhubung dan kalau ada kes2 kecemasan.

- Perhatikan pulak bila lelaki & wanita membeli belah. Wanita kalau nak membeli akan melihat barang satu persatu, perlahan-lahan, tengok atas bawah, dipegang- pegang, digesel-gesel, lepas tu tengok pulak barang lain, dah berjam-jam barulah buat pilihan utk membeli. Lelaki kalau ikut wanita pergi shopping gerenti bosan punyalah. Bagi lelaki bila nak membeli, tuju je tempat yg nak membeli, tengok lebih kurang, rasa OK terus beli je, tak perlu ambil masa lama.

Kesimpulannya, akui sajalah kita berbeza, tapi perbezaan tu bukan utk kita saling bergaduh, sebaliknya bagi saling memahami, saling membantu dan berkasih sayang. Sesungguhnya kita berbeza agar saling sayang menyayangi.

Thursday, August 9, 2007

Matahari...

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik, Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....

Tuesday, August 7, 2007

Terkenang..

Tengah best-best wat keje, tetiba aku terkenang balik time aku blaja kat KPMB dulu.. Ape2 pun, memang best time blaja kat sana.. Heheheh...
= Aweng = Cik Lya = Aku =

Monday, August 6, 2007

Sendaloka Pengantin Baru...

Dalam keheningan malam penuh syahdu, ramli masuk kekamar kerana mengantuk, kemungkinan ada juga rasa yg lain - (paham2 je lah.. pengantin baru! ) Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli.

Dimatikannya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?"

"kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'

"Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah..nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun...

"Kain pelikat dah disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban...

Ramli mencuba lagi."Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut,"Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

Sengau..

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas "Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?). Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu."kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)....

Malunya Rogayah...

Rogayah mengigit bibir. Tangannya mengenggam erat tiang. Sejuk dari besi yang kejab dalam genggamnya bagai bersatu dengan urat, menjalar dalam darah dan seterusnya menghasilkan getaran pada tempurung lututnya. Sungguh Rogayah tak paham, kenapa semua memandang? Kenapa semua orang berbisik sambil tersengih atau mencebik lepas memandang ke arahnya.Kenapa??? Whyyy?? Tapi semua itu hanya berkumpul dan berputar dalam kepala hotaknya. Tak mampu diluahkan.

Rogayah memandang kasut. Hari ni dia pakai kasut kaler putih. Hujung kasut itu tirus, dan tapaknya warna hitam. Rasanya kasut itu tak bersalah. Tak mungkin kasut itu mampu mencuri perhatian.

Rogayah teliti pula seluar slacknya yang menyalut kaki. Takder sleknya! Koyak kot? Tak mungkin, Rogayah berkira-kira sendiri. Seluar itu baru dibelinya 2 minggu lepas. Kat Pasaraya Jasko. Kaler pun krim, takderla pelik benor ngan orang lain. Lainlah kalau kaler striking ke, pokka dot ke,peliklah jugak.

Baju... Hari ni Rogayah pakai kemeja biru gelap. Pun tak pelik jugakkan ?Tangan Rogayah cepat2 meraba butang baju satu persatu. Fuh lega! Semuanya terletak elok. Baju berlengan 3/4 itu terletak elok dibadanya. Nak kata seksi, seksi lagi amoi yang sedang tersengguk2 ngantuk didepannya. Baju takde lengan, mini skrit... Memang tak heran la kalau semua orang mengerling. Tapi kenapa aku?

Mungkin kah aku cun sesangat hari ni? Boleh jadi jugak, fikir Rogayah. Hatinya mula kembang kencup. Tapi senyuman Rogayah mati semula. Seorang makcik yang duduk dibangku sebelah kiri kemudian mengerling tajam. Kemudian berbisik sesuatu ditelinga anak kecil sebelahnya. Rogayah lihat anak kecil itu memandang tidak berkelip ke arahnya sambil tersengih. Kenapaaaaa.. ...?? Sekali lagi Rogayah bertempik dalam hati.

"Stesen Tasik Selatan.." Rogayah melepaskan nafas lega mendengar penguguman dari drebar LRT. Ah, kejab lagi segalanya akan berakhir, fikir Rogayah. Mungkin semua orang yang duduk berhampirannya dalam LRT dah gila. Tak pernah tangok perempuan cun cam aku kot, telah Rogayah lagi.

Rogayah tolak cermin kaca. Baru pukul 8.40 pagi. Rogayah jalan pelan2 ke arah mesin punch card. Macam biasa, dia di antara orang yang paling awal sampai opis.

"Morning..." Rogayah menugur kak Kiah, cleaner yang tengah sibuk mengelap meja. Rogayah terus menuju maja. Kak Kiah memang serius orangnya. Nak senyum pun susah, lebihkan CEO company pulak.

"Rogayah.." Rogayah menoleh ke arah Kak Kiah. Aik? Senyum pulak orang tua ni pepagi ni!

"Rogayah tak puasa ke??" Tangan kak Kiah menunjukkan ke arah mangkuk tingkat dan bekas air ditangan Rogayah .

Arghhhh... Patutlah!!!! Kali ini Rogayah tak bertempik dalam hati lagi, memang menjerit betul2!! Hari pertama Ramadhan 1427 akan dikenang Rogayah sampai bila2...

Teka-Teki Sempoi..

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......

Info Menarik...

Info Menarik 1:
Tahukah Anda? Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan, harta dunia dan tidak pernah juga rungsing pasal akhirat ialah Orang Utan.

Info Menarik 2:
Tahukah anda? Aurat dan Urat adalah dua perkara yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang terlalu mendedahkan aurat, urat lelaki akan membengkak di sesuatu kawasan.

Info Menarik 3:
Tahukah Anda? Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

Info Menarik 4:
Tahukah anda? Cabai dan Cibai adalah dua perkataan yang berlainan maksud. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang-orang tua.

Info menarik utk hari ini:
Tahukah anda? Kondom dan kondominium adalah dua perkara yg berbeza, tetapi byk kondom² yang terbuang dpt ditemui di dalam kondominium yg terbiar kosong... hehe..

Spesial...

Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja.. tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia. Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya, tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa. Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la. Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..

O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapaq ni , belikan aku mee yang spesial satu.
Mat : Oke Boss...tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?
O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang spesial tuu..pakai teloq dua biji laa..
Mat : Ooooo....siap Boss.

Lepas tu ..makan la si O.K.B mee spesial tu. Mai time pukul 3:00 ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu..

O.K.B : Mat..! Aku lapaq nihh , pi beli nasi goreng spesial satu.
Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai teloq dua tu Boss ..?
O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste...
Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss...

Lepas siap makan, O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidoq sepetang dah, dia pun susah la nak tidoq lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh tidoq juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by' saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi, dia pun panggil pembantu dia lagi...

O.K.B : Mattt !!!....
Mat : Yaaaa..Boss,
O.K.B : Mai sini sat...
Mat : Ada apa Boss...?
O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau.
Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !

Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi, Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara yang kuat dari dalam bilik..

O.K.B : MATTTT !!!!...
Mat : Ada apa Boss...
O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...?
Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang spesial ....Boss selalu kata yang spesial tu mesti teloq dua...
O.K.B : ..????????????????????????

Pak Pandir dan Ikan Keli

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. Apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak d**ecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu. Sekejap lagi mampos la tu. Mak Andih: %*&^*&#@

Friday, August 3, 2007

Savvy Transformers

Jaga-jaga kepada semua pemilik Proton Savvy... Jangan sampai tersalah tekan button yg terdapat dalam kereta anda.. Tidak mustahil kerete anda akan menjadi sebegini..
Hehehehe....

Arah Tuju Para Pelajar...

What ta hell!!!! Korang suma leh tengok arah tujuan kebanyakan para pelajar kita yang konon2nya ingin berjaya dalam hidup... Yarkh... Hiduplah dalam fantasimu yang takkan pernah bersendikan realiti...
Hehehehhehe....

Melayu Mudah Lupa - TUN

"Ada satu hamba Allah telah tulis kepada saya untuk saya baca, kepada Tun Speaker, saya nak baca sikit, satu sajak, ke apa ke tak tahulah...tapi bunyi sedap juga," Dr. Mahathir

Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.

Dr. Mahathir Mohamad
Perhimpunan Agung UMNO - PWTC
Jun 2001

Evolusi Melayu...

Dimana nak cari melayu?

Dulu-dulu:
1. Pondok-pondok agama
2. Gelanggang-gelanggang silat
3. Rumah rakyat (alah yang macam Balai raya tu)

Dulu
1. Pesta joget lambak
2. Kedai kopi lepak main dam aji
3. Kalabu Malami

Sekarang
1. Berjudi kat fun fair
2. Konsert-konsert sambil isap ganja dan telan ecstasy
3. Disko dan Kalabu Malami sambil mabuk-mabuk
3. Pusat Serenti
5. Kedai nombor... hehehehehehe!

Ish... ni evolusi apa jenis nih?

Thursday, August 2, 2007

Ansuran Bulanan...

Ada ler plak cerita pasal sepasang kekasih nih yang dah ber'couple' sejak bangku sekolah lagi. Satu hari gelfren dia ni terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang menyebabkan gelfren dia tu kekurangan banyak darah. Oleh kerana sayang "benget" ngan gelfren dia, si befren ni telah mendermakan banyak darah kat gelfren dia ni.
Setahun dari kejadian tu, si gelfren ni telah berkenalan dengan sorang mamat yang macho dan dia terus jatuh cinta ngan mamat tue. Aper lagi, si gelfren ni pun putuskanlah hubungan dia ngan befren dia yg lama tu. Si befren ni punyalah geram, dan dia berkata, "Tak kenang budi punyer awek!! Bagi balik darah yang aku derma kat kau tahun lalu!!"
Si Gelfren yang sedang datang bulan membalingkan tuala wanitanya ke arah exbefren dia dan berkata,"Nah aku bayar ansuran tiap-tiap bulan!!!"

Couple ke Camnih??

Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang. Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang?Semalaman kite duk pikir soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk?
Tak tahula, setahu kite:
1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap semester kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap semester kite ulang paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.
2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,kita bagi yang besar kat ayang. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.
3. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun.Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.
4. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.
5. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang playgirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.
6. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi kene reject. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?
7. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.
8. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30 Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang,tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.
9. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan ayang. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium… tengok ikan emas tengah romen.
10. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat,member ayang ketawakan ayang. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.
11. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati.Ayang tak kate pa pe pun.Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.
12. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat…..

Rompakan Menyedihkan...

Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya. Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama.
Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.
Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.
"BANK SPERMA DIROMPAK"

Barah Otak..

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Cucur Udang...

Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut...lalu si mamat ni pun tanye....

Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.

Dengan muke selambernyer...makcik tersebut menjawab...

Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang...

Mamat : Menyesal aku tanya (dalam hati)

Teka Teki.... Jawab la...

Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan tau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Haram Menikah Gadis Satu Kampung...

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru.

Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian.

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?!

Fakta Mengenai Pak Pandir..

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

Pak Pandir Ngan Ubi Kayu...

Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia. Bila wartawan-wartawan sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.

Dengan selamba..wartawan-wartawan tadi pun meninggalkan pak pandir yang tengah rancak bercerita pasal pokok rambutannya...

Surat Putus Cinta Versi English Celup...

Hi,
My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!
The true,
U partner..

Kisah Mat Rempit...

Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.
Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,
"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."
Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.
Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.
"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..." Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.
Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.
"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.
Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaannya.
Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.
"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."
"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."
Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.
Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.
"Tok! Tok! Tok!" Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.
"Jais... Jais..."Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.
Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.
"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..." Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.
Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,
"Ni rumah encik Jais ke?"
Ani tergamam.
"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..." Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.

Kau, Aku Berbeza....

Bg Teh Bg Tam
Hehehe....
Kau, aku berbeza.... For sure la diorg berbeza... Kalo nak tau, yang gambor kat atas tu still available tu... Pada awek2 cun, still got a chance to win his heart.. Untuk awek2 cun je ye... Kalo setakat buat2 cun xpayah... Mimpi je la korang... Hehehehhe....
Kalo kita rujuk kepada gambor yg kat bawah tu, aha... Jangan nak memain, ini dah ada yang punya... Ini hak milik kekal 2 orang puterinya yg hyper active.... Kengkadang dia leh jadi hyper tension ngan 2 puterinya tu....
Heheheh.. Wassup Bro!!!
I'm taiko ma....

Ikan...

Kalo dah namanya ikan, suke benor menatang tu main air...
Hehehehheh...

Monday, July 30, 2007

Makan Pizza Day...





Setelah sekian lama menunggu hari dan waktu yang sesuai, aku ngan tunang aku pun gi la makan kat Pizza Hut.. Kitorang gi makan kat Tesco Shah Alam coz dalam bebanyak Pizza kat area KL ni, kat situ je yang Spaghetti sedap..

Erk... Alhamdulillah...

Imran...

Ha........ Ni anak sape nih kecik2 dah pandai nak isap rokok.... Ape nak jadi la budak2 sekarang... Umur baru setahun setengah, dah pandai isap Marlboro Light lak tu....
Heheheh.. Ni la anak sedara aku... Aku suka main2 ngan dia... He's Areeq Imran... Cute kan... Tp kalo dah nangis memang cam hape ntah...
Hehhehehehehh.... Jangan kasi Pak Long malu ye Imran...

In The Car...

Senyum je tunang aku bila leh gi jenjalan....
Aku yg ngantuk....

Aku.. Driver

Ni aku.. Semalam aku ade rasa bengang ngan bangang gak ngan someone.. Ade ke muka macam aku ni yang lengkap dengan ciri-ciri lelaki idaman Malaya dan penuh ketokohan ni mamat tu kata aku driver.... Cilakak + Cilabai betul la mamat tu... Nasib baik dia tanya masa dalam majlis, dan aku pun xmau la rosakkan majlis.... Memang gampang la kalo sesapa lagi pasni ckp muka aku standard muka drebar....
Woi... Aku bukan Drebar la....
Aku Kerja Kilang wat Selipar Jepun je.......
Haahahhahahahha.............





My Dream Car



Ish-ish......... Menatang ape nih?? Macam penah tengok je... ape la ni ye... Kalo ade rezki, aku nak le menatang ni... Aku just leh panggil "menatang" coz benda alah ni lum di "Official Launch" lagi.. So aku pun xtau ape dia punya nama..
Sekali pandang... nampak la keGen2annye.... Tp menatang ni punya ekor belakang dia panjang sket, so versi Sedan la no.. Not a Hatchback version like Gen2... Eh, ape plak ekor belakang... Ekor je dah le.. Suma orang tau ekor tu kat belakang... kan... For this time, i can tell u that's my dream car... Nanti2 xtau lagi... Hehehhehehehe.....

Friday, July 27, 2007

Gambar Hari Pertunangan (28/04/07)

Ape la yg awak sengih sangat tu??

My mom & Shima..

Shima = My Mom = Shima's Mom = Me

Wednesday, July 25, 2007

Tuesday, July 24, 2007

Simbiosis

Artis : ELLA
Lagu : Simbiosis

Pagi yang indah ini
Tersenyum sendiri
Ciap miap burung di luar jendela
Seakan memanggil namamu

Jika ku punya mata
Nun di atas angkasa
Kan ku tengok dikau
Setiap ketika
Dimana saja kau berada

Walau dimana pun dikau berada
Berjalan atas bumi yang tua
Akan ku turut serta bagaikan udara
Simbiosis diantara kita

Aku tak pandai mengarang puisi
Tidak ku pandai memadah berseni
Satu kalimah yang ku seikhlas tahu
Hanyalah ku cinta padamu

BetterMan

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Go easy on my conscience
'Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame

Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around

I know some have fallen
On stony ground
But Love is all around

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame I
will grow through this pain
Lord I'm doin' all I can
To be a better man