Sekadar renungan kita bersama:
Fizikal:
- Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, tapi lelaki menarik nafas lebih dalam berbanding wanita. Sebabnya??? Lelakimemerlukan lebih banyak oksigen berbanding wanita supaya dapat menukarnya menjadi tenaga. Lelaki kan perlu lebih tenaga untukmelindungi kaum wanita…
- Suara, kulit, daging dan otot-otot seorang lelaki lebih kasar, pejal, kenyal dan liat. Sesuai dengan ciri-ciri semulajadi lelaki yanggagah perkasa. Wanita pula, suaranya lebih halus gemersik (dan menggoda???), kulit lebih halus, manakala tekstur daging dan otot2 lebih lembut, gebu dan kurang pejal. Kalau terserempak dengan rimau, agak-agaknya sapa kena ngap dulu???
- Tulang lelaki lebih panjang dan besar berbanding wanita. Tulang wanita bukan saja lebih kecil, malah struktur & susunannya pun berbeza untuk disesuaikan dengan fungsi tubuh bagi melahirkan anak.
Psikologi:
- Secara umumnya, wanita bersikap lebih mudah mengikut kata hati, lebih berminat dengan cinta, kasih sayang dan hubungan perasaan. Bila mengamati sesuatu benda/perkara, lelaki menggunakan pengamatan tumpuan, macam cahaya laser yang menumpu kpd sesuatu objek. Manakala wanita menggunakan pengamatan yang luas dan membesar, seperti lampu suluh yang menyuluh dgn luas, menampakkan banyak benda. Senang cerita, wanita nak ambil tahu semua perkara, dari perkara kecil sampailah perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan matlamat utama.
- Contohnya, kalau berjalan keluar rumah, lelaki cuma bawa dompet duit kecik je (dalamnya ada i.c, lesen memandu, kad kredit, duit sikit & dokumen2 penting lain) kunci kereta/motor dan juga handphone, dah cukuplah tu. Tapi wanita, tengok je beg tangan mereka, apa yang ada??? Huh, macam beg doraemon macam2 ada. Ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, buku hutang 555 (ehh berapa banyak buku daa), ada alat make-up, cermin, sikat, tisu, ketip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar boyfren/suami/anak, cermin mata hitam, tuala wanita, handphone…adeh tak larat dah nak senaraikan…dan macam2 lagi la.
Kenapa macam tu ye??? Sebabnya kerana wanita memikirkan berbagai perkara yg mungkin boleh berlaku. Mereka lebih peka, jika terjadi sesuatu, mereka dah ada persediaan…maksudnya pemikiran dan penumpuan wanita lebih luas. Bagi lelaki cukup la bawa duit/kad kredit utk membeli. IC dan lesen memandu agar selamat kalau kena tahan polis. Handphone pulak utk berhubung dan kalau ada kes2 kecemasan.
- Perhatikan pulak bila lelaki & wanita membeli belah. Wanita kalau nak membeli akan melihat barang satu persatu, perlahan-lahan, tengok atas bawah, dipegang- pegang, digesel-gesel, lepas tu tengok pulak barang lain, dah berjam-jam barulah buat pilihan utk membeli. Lelaki kalau ikut wanita pergi shopping gerenti bosan punyalah. Bagi lelaki bila nak membeli, tuju je tempat yg nak membeli, tengok lebih kurang, rasa OK terus beli je, tak perlu ambil masa lama.
Kesimpulannya, akui sajalah kita berbeza, tapi perbezaan tu bukan utk kita saling bergaduh, sebaliknya bagi saling memahami, saling membantu dan berkasih sayang. Sesungguhnya kita berbeza agar saling sayang menyayangi.
1 comment:
hmm... kesimpulannya lelaki tak suka bawa beg tapi suka tumpang barang2 spt kotak rokok & dompet hehehhe luv u honey
Post a Comment