1- 12/1/2012 Khamis, lebih kurang pukul 12.15 pagi, mak call aku cakap abah kena heart attack.. Diorang ada kat Emergency Room kat Hospital Sik. Mak suruh bagitau semua adik beradik sebab keadaan abah tenat dan x sedarkan diri.. Aku terus call semua adik beradik, dan kitorang gerak balik kampung malam tu jugak.. Bahaki gerak skali ngan Bahyah, Fazli, MakNab and Kaklong dalam kul 2. Aku gerak lambat skit sebab tunggu Fizi dari Palong, NS. Dalam kul 3.00 gak baru aku gerak dari Puchong.. Kakngah n Kakcik gerak ngan family diorang lebih kurang kul 3.30.. AA dan Wan teman mak kat hospital..
2- Mak call lagi, Abah kena hantar ke Hospital Alor Star.. So, kitorang akan straight ke Alor Star, Xyah turun Sik.. Hanya doa mampu aku berikan sepanjang perjalanan.. Dalam kul 5 pagi Abah dimasukkan ke wad CCU (Unit Rawatan Koronari)..
3- Kul 6 pagi, Bahaki sampai Alor Star, Aku sampai dalam kul 7 pagi.. Kakcik n kakngah sampai dalam kul 9 pagi.. Doktor panggil waris untuk tentukan option mana yg kami pilih untuk mengubati Abah...
4- Stand with drug telah berjaya dimasukkan ke dalam jantung abah pada jam 12.15 tengahari... Abah masih tak sedarkan diri.. Ramai betul yg datang ziarah abah kat hospital...
5- Kami ambil keputusan untuk sewa homestay dekat ngan hospital, sebab keadaan abah belum stabil dan doktor mintak ahli keluarga tunggu di hospital sepanjang masa selama 5 hari... So, malam tu, aku ngan Fizi tunggu abah kat hospital...
6- 13/1/2012 Jumaat, Abah masih belum sedar tapi keadaannya bertambah baik... Ada respon dari abah bila dipanggil tapi belum mampu membuka mata.. mungkin ubat terlalu kuat..
7- 14/1/2012 Sabtu, Abah dah sedar dan dia sendiri cabut tiub oksigen dari mulutnya... keadaannya semakin baik..
8- 15/1/2012 Ahad, Abah dipindahkan ke wad CRW (Unit Pemulihan Jantung)
9- 16/1/2012 Isnin, keadaan abah dah semakin baik.. aku terpaksa balik ke KL...
10- 17/1/2012 Selasa, Abah dibenarkan pulang ke rumah.. Mesti berehat selama 2 bulan...
Syukur, Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment